Assalamualaikum dan salam ta'aruf..
Bagi peminat selendang pashmina, pasti kenal pashmina bagaimana bukan?
Pashmina adalah merupakan bulu dari biri-biri Kashmir yang berkualiti tinggi. Ianya sangat dikenali kerana kelembutan materialnya dan menampakkan ciri-ciri kemewahannya. Kini Pashmina juga merupakan fesyen trendy yang amat digemari tak kira di Barat atau pun negara-negara Timur.
Pashmina yang kami sediakan ini bukanlah 100% pashmina asli dari biri-biri Himalaya, yang sudah tentu sangat mahal harganya. Material kebanyakan pashmina adalah dari polister ataupun adakalanya dari sutera. Bagaimanapun, pashmina kami tetap memiliki kualiti tinggi dan cantik apabila digayakan, insyallah..
Pemakaian pashmina biasanya lebih kurang macam shawl, selendang, cuma bezanya pashmina lebih besar dan panjang, sesuai untuk wanita yang menjaga ciri-ciri muslimahnya. Pemakaian yang lilit-lilit ala arab tu kebanyakannya ada antara kita yang tak gemar, sebab muka nampak bulat atau leceh nak lilit2 ni kan?.. :) Kadang-kadang untuk mengelak masalah muka nampak bulat, kita perlu memakai anak tudung yang ada awning.
Sekarang tak perlu begitu lagi. Jadi, disinilah pilihan anda
Apa itu tudung pashmina instant?
- ada 'awning' macam tudung ekin /instant sekarang (so tak perlu pakai anak tudung awning)
- belah di tengah dan panjang kiri kanan tak sama dimana bahagian kanan lebih panjang untuk memudahkan pemakaian yang pelbagai gaya. (lihat gambar)
- sesuai untuk anda yang ingin tampil kelainan, tetapi tetap menjaga aurat.
Klik disini untuk kepelbagaian cara pemakaian tudung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan